Skip to main content
MENU

kluangmajusejahtera

KLUANG RANGKUL ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD 2026–2028 PERINGKAT KEBANGSAAN

Majlis Perbandaran Kluang telah dianugerahkan Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard 2026–2028 Peringkat Kebangsaan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 15 Oktober 2026, bertempat di Dewan Sanggar Pujangga, MOTAC, Putrajaya.

​Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kepada Encik Mohd Fahmy bin Yahya, Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang.

SAMBUTAN HARI KEBAHAGIAAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Alhamdulillah, Majlis Perbandaran Kluang telah berjaya memperolehi Anugerah Bandar Paling Bahagia Tahun 2026. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada YBhg. Datuk Haji Abdul Ghani Bin Abdul Rashid, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kluang, diiringi TPr. Haji Iskandar Bin Suparlan, Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap, MPK. Turut hadir adalah barisan Ahli Majlis MPK dalam program tersebut.

MAJLIS PENGANUGERAHAN INOVASI JOHOR 2025

Alhamdulillah…Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) pada malam ini telah berjaya mendapat penarafan 5 Bintang bagi projek Inovasi AI Smart Checker A-Plas dan meraih tempat bagi kategori Keseluruhan Terbaik dengan membawa pulang hadiah masing-masing sebanyak rm5,000.00, dengan jumlah keseluruhan yang dibawa pulang bernilai Rm10,000.00.
Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Onn bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan).