Skip to main content
MENU

KLUANG RANGKUL ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD 2026–2028 PERINGKAT KEBANGSAAN

Majlis Perbandaran Kluang telah dianugerahkan Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard 2026–2028 Peringkat Kebangsaan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 15 Oktober 2026, bertempat di Dewan Sanggar Pujangga, MOTAC, Putrajaya.

​Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kepada Encik Mohd Fahmy bin Yahya, Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang.

​MPK telah berjaya merangkul anugerah ini kerana telah berjaya mematuhi semua kriteria penilaian ASEAN Clean Tourist City Standard yang telah dilaksanakan pada bulan September 2025 oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
​
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Majlis Perbandaran Kluang di atas anugerah yang diterima, dan semoga Kluang menjadi destinasi pilihan pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026.