Skip to main content
MENU

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Pihak Majlis Perbandaran Kluang mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya, termasuk penggunaan teknologi penyulitan data, bagi melindungi maklumat yang dikemukakan oleh pengguna. Pematuhan terhadap standard keselamatan yang ditetapkan dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang capaian tanpa kebenaran.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi dilindungi serta diuruskan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai selaras dengan dasar dan garis panduan keselamatan Kerajaan Malaysia.