MENU

VISI JABATAN PERANCANG BANDAR

Merangka dan menyelaras aktiviti perancangan dan pembangunan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kluang ke arah ’Maju dan Mampan’ dengan menitikberatkan keseimbangan dari aspek fizikal, sosial, ekonomi dan persekitaran serta menerapkan pembangunan lanskap yang ceria, bermanfaat serta rekabentuk yang tersendiri.

OBJEKTIF BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN & BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN GIS, JABATAN PERANCANGAN BANDAR

  • Memastikan matlamat, objektif dan strategi di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah Kluang (RTD), Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan Pelan Induk Landskap (PIL) dijadikan asas dan garispanduan dalam kerja-kerja perancangan.

  • Mengawal dan merancang pembangunan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kluang agar terancang dan bersistematik mengikut Rancangan-Rancangan Pembangunan dan mengikut Dasar-Dasar / Pekeliling-pekeliling Kerajaan Negeri serta Garispanduan dan Piawaian Perancangan yang digunapakai di seluruh Negeri Johor.

  • Melaksanakan dan mengguna pakai Akta Perancangan Bandar dan Desa,1976 (Akta 172) serta Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM) Negeri Johor Tahun 2008.

  • Memberi khidmat nasihat perancangan yang cekap dan profesional serta memastikan permohonan dan ulasan-ulasan perancangan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan.

  • Menyediakan data / sistem maklumat perancangan yang lengkap untuk kegunaan / rujukan pelbagai jabatan dan orang awam.

  • Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan awam yang diterima yang berkait dalam bidang Perancang Bandar.

  • Memastikan Kawasan Lapang atau riadah disediakan selaras dengan keperluan masyarakat Majlis Perbandaran Kluang mengikut hierarki taman yang telah ditetapkan serta mewartakan kawasan lapang tersebut di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara.

  • Melaksanakan langkah-langkah Program Bandar Selamat sebagaimana yang diarahkan oleh pihak NKRA & KPKT serta melaporkan statistik jenayah bulanan bagi daerah Kluang di dalam Mesyuarat Jawatankuasa MPK.

  • Melaksanakan Program Murni.Net - Kajian Kemampanan Bandar yang diarahkan oleh pihak KPKT melalui JPBD Semenanjung Malaysia.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 March 2024 - 8:12am