MENU

 

  1. UNIT KEBERSIHAN BANDAR
  1. Melaksanakan pengurusan pentadbiran, menyelia dan memantau kakitangan dari segi kehadiran, semakan tuntutan elaun lebih masa, aset, kenderaan, peralatan dan mesin,  dan stor dan stok kebersihan ditadbir urus dengan teratur, mencukupi serta diselenggara dengan baik
  2. Menyediakan, merancang dan menyediakan jadual perkhidmatan kutipan sampah, pemotongan rumput, pembersihan longkang dan sapuan jalan setiap bulan selain membantu persiapan program-program rasmi daerah seperti pemasangan bendera mengikut arahan dari semasa ke semasa.
  3. Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh SWCORP dan pihak konsesi SWM serta pengeluaran surat notis pembetulan (NTC) diambil tindakan segera.
  4. Melaksanakan semua aduan awam berkaitan pembersihan awam diambil tindakan mengikut prosedur dan tempoh yang munasabah.
  5. Menyediakan semua laporan kerja-kerja bahagian kesihatan awam disediakan, disimpan dan dikemaskini setiap bulan dalam fail berkaitan dari semasa ke semasa.
  6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

  1. UNIT KAWALSELIA

 

  1. Memantau perkhidmatan kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh pihak konsesi SWM iaitu kutipan sampah, pemotongan rumput, pembersihan longkang dan sapuan jalan mengikut jadual yang ditetapkan.
  2. Membuat pemantauan dan laporan dan pengeluaran surat notis pembetulan (NTC)  kepada SWCORP dan SWM untuk diambil tindakan segera.
  3. Merekod, mengambil tindakan, membuat laporan semua aduan awam berkaitan pembersihan awam serta dikemaskini dari semasa ke semasa dalam fail berkaitan.
  4. Membantu persiapan program-program rasmi daerah seperti pemasangan bendera mengikut arahan dari semasa ke semasa.
  5. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

  1. UNIT KAWALAN VEKTOR
  1. Melaksanakan pengurusan pentadbiran kakitangan dari segi semakan kehadiran, tuntutan elaun lebih masa, kenderaan, peralatan kawalan perlindungan keselamatan dan mesin dan stor bahan kimia ditadbir urus dengan teratur , mencukupi serta diselenggara dengan baik
  2. Menyediakan, merancang  jadual pelaksanaan serta memantau aktiviti kawalan vektor seperti cari dan musnah, semburan kabus, semburan lipas, lalat dan tikus mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  3. Merancang, melaksanakan dan memantau gotong - royong dan pembersihan rumah kosong/ terbiar.
  4. Membantu persiapan program-program rasmi daerah seperti pemasangan bendera mengikut arahan dari semasa ke semasa.
  5. Menyediakan semua laporan kerja-kerja unit vektor disediakan, disimpan dan dikemaskini setiap bulan dalam fail berkaitan dari semasa ke semasa dan menyediakan bayaran tuntutan tangkapan anjing setiap bulan
  6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

 

  1. UNIT KAWALAN HAIWAN TERBIAR DAN ZOONOTIK
  1. Menyelia  kakitangan dari segi kehadiran, semakan tuntutan elaun lebih masa, kenderaan, mesin dan peralatan dengan teratur dan sistematik serta diselenggara dengan baik
  2. Merancang, menyelia dan melaksanakan aktiviti kawalan haiwan gelandangan atau liar seperti anjing dan kucing mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  3. Merekod dan mengambil tindakan aduan awam mengikut prosedur.
  4. Menyediakan laporan semua tangkapan haiwan gelandangan serta dikemaskini dari semasa ke semasa dalam fail berkaitan.
  5. Membantu persiapan program-program rasmi daerah seperti pemasangan bendera mengikut arahan dari semasa ke semasa.
  6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Kemaskini Terakhir: Selasa, 1 Oktober 2024 - 11:45am