MENU

Objektif Unit Undang-Undang

  • Mewujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mengetahui, memahami, mematuhi dan menghargai undang-undang
  • Menyediakan undang-undang dan peraturan yang secukupnya demi menjamin kesejahteraan Majlis dan penduduk setempat
  • Memberi kefahaman undang-undang kepada kakitangan Majlis supaya tindakan diambil dalam bidang kuasa undang-undang
  • Menyediakan bahan bacaan dan rujukan undang-undang yang mencukupi untuk kegunaan rujukan Majlis
  • Mengemaskini semua peruntukan undang-undang yang digunapakai dari semasa ke semasa
  • Memastikan semua tindakan Majlis tidak ultra vires dengan sebarang undang-undang

Fungsi Unit

A. Pendakwaan

  • Meneliti prosedur pendakwaan dipatuhi
  • Mengesahkan dokumen pendakwaan
  • Memperakui dokumen atau bukti yang diperlukan oleh panel bagi kes sivil.
  • Menyelaras dan melaksanakan tindakan pendakwaan di mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta dan Undang-Undang Kecil MPK
  • Menyediakan dan melengkapkan dokumen pendakwaan
  • Menguruskan bantuan serahan saman
  • Menyelaras tuntutan tanggungan awam
  • Membantu proses permohonan pengurangan kompaun

B. Pentadbiran Undang-Undang

  • Memberikan khidmat nasihat bagi draf undang-undang kecil dan perjanjian bersama pihak ketiga
  • Memperakui perjanjian sewaan
  • Menyelaras tindakan tuntutan tunggakan
  • Memperakui pengurusan serahan saman
  • Mengesahkan pengurusan Aduan Awam
  • Menyedia dan melaksanakan urusan menandatangani perjanjian
  • Menjalankan tindakan tuntutan tunggakan Sewaan
  • Memudahcara dalam penyediaan Draf Undang-Undang Kecil dan Perintah
  • Menyelaras dan mengemaskini pengurusan fail jabatan

Visi Unit Undang-Undang

Menjadikan warga Perbandaran Kluang golongan yang memahami dan mematuhi peruntukkan perundangan, polisi dan peraturan sedia ada yang digunapakai oleh pihak berkuasa tempatan

Misi Unit Undang-Undang

Menjadikan Unit Undang-Undang sebagai elemen yang sentiasa menjaga hak-hak dan kepentingan Majlis Perbandaran Kluang serta mengambil kira keadilan untuk kepentingan awam

Akta Undang-Undang Kecil yang diguna pakai 

  • Akta Kerajaan Tempatan 1976
  • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
  • Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
  • Akta Pengangkutan Jalan 1987

Undang-Undang Kecil

Senarai Undang-undang Kecil

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 March 2024 - 8:12am