Skip to main content
MENU

MAJLIS PENGANUGERAHAN INOVASI JOHOR 2025

Alhamdulillah…Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) pada malam ini telah berjaya mendapat penarafan 5 Bintang bagi projek Inovasi AI Smart Checker A-Plas dan meraih tempat bagi kategori Keseluruhan Terbaik dengan membawa pulang hadiah masing-masing sebanyak rm5,000.00, dengan jumlah keseluruhan yang dibawa pulang bernilai Rm10,000.00.
Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Onn bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan).
Hadiah-hadiah kemenangan telah diterima oleh En Mohd Fahmy bin Yahya, selaku YDP MPK, bersama-sama Ts. Mohamad Shahrudin Bin Rosdi, Fasilitator Kumpulan JKB, Ts. Juhana Binti Turiman, Tc. Azizul Amri Bin Mohd Noh, En. Mohamad Azamuddin Bin Mohd Jamal, En. Muhammad Syahmi Bin Azmi dan Cik Iza Nadzirah Binti Mokri.
Inovasi ini mencerminkan komitmen MPK dalam memperkukuhkan transformasi digital, merealisasikan aspirasi Bandar Pintar, serta mendukung visi Kluang Sejahtera, Bandar Berdaya Huni.

Disediakan oleh:
Jabatan Kawalan Bangunan
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor