MENU

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)

Visi BTM

Menjadikan Majlis Perbandaran Kluang sebuah organisasi yang akan mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan rangkaian yang berteknologi terkini secara menyeluruh

Misi BTM

Berusaha mewujudkan persekitaran ICT secara kondusif dan holistik berorientasikan mesra pengguna bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian Majlis Perbandaran Kluang dengan mengimplikasikan sistem pengkomputeran yang terkini kepada seluruh kakitangan Majlis Perbandaran Kluang. Misi ICT dirumuskan oleh MPK adalah sejajar dengan misi ICT sektor Awam Malaysia iaitu :-

  • Menyediakan perkhidmatan elektronik yang cekap, cepat, berkualiti dan selamat.
  • Menggunakan ICT dan multimedia bagi mempertingkatkan produktiviti sektor awam.
  • Mempermudahkan perkongsian sumber maklumat dalam kalangan agensi-agensi kerajaan.
  • Mengutamakan pelanggan dalam penyampaian.
  • Mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengurusan maklumat dengan lebih cepat dan pantas.

Objektif BTM

  1. Ke arah Majlis Perbandaran yang maju dari segi penggunaan teknologi maklumat.
  2. Memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen kepada orang ramai ketika berurusan dengan pihak Majlis Perbandaran Kluang.
  3. Memastikan agar Majlis Perbandaran Kluang, sentiasa peka terhadap kemajuan ICT dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi yang terkini.
  4. Menggalakkan budaya penggunaan komputer di kalangan pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan produktiviti yang lebih baik dan berkualiti.

Saluran Aduan Integriti

https://docs.google.com/forms/d/12znyGTLBVq_H-yVFt6WY8YrKq2H0AyDvsIGLIXdC8Ko/edit?ts=63184e0a

Borang Aduan Integriti

Kemaskini Terakhir: Rabu, 29 March 2023 - 8:38am