MENU

VISI UNIT AUDIT DALAM

Menjadikan aktiviti Unit Audit Dalam sebagai penyumbang ke arah kecemerlangan Pengurusan Kewangan dan Akauntabiliti Jabatan/Bahagian/Unit.

MISI UNIT AUDIT DALAM

Melaksanakan Pengauditan secara professional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada Ketua Jabatan ke arah meningkatkan struktur jabatan.

OBJEKTIF UNIT AUDIT DALAM

  1. Menilai, memeriksa, mengesahkan dan melaporkan tahap kepatuhan Pengurusan Kewangan dan pentadbiran Majlis ke atas Undang-Undang, Pekeliling, Peraturan dan Polisi yang telah ditetapkan dari masa ke semasa oleh pihak yang berkuasa dan pihak pengurusan tertinggi Majlis Perbandaran Kluang.
  2. Menilai, memeriksa dan melaporkan tahap kawalan dalaman yang telah diambil serta dipraktikkan bagi menjaga dan memelihara keselamatan pungutan wang stor awam dan harta-harta Majlis.
  3. Menilai dan memeriksa tahap kecekapan prestasi sesuatu aktiviti, program dan projek Majlis yang sedang atau telah dilaksanakan.
  4. Mengemukakan cadangan dan syor penambahbaikan bagi meningkatkan mutu kualiti Pengurusan Kewangan dan pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang selaras dengan Laporan Audit hasil daripada penilaian, kajian, pemeriksaan dan pemerhatian yang telah dijalankan.
Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 March 2024 - 8:12am