Skip to main content
MENU

JohorBersih

MPK RAIH TIGA PENCAPAIAN GEMILANG SEMPENA HPBS JOHOR 2026

Pada tanggal 16 November 2026 (Isnin), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah berjaya meraih tiga pencapaian membanggakan sempena Sambutan HPBS 2026 Peringkat Negeri Johor. 

Untuk Pertandingan Reimagine Johor: The Project Pitch – Cadangan Transformasi Ruang Bandar, Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor, MPK telah berjaya merangkul Johan dan Naib Johan. 

SAMBUTAN HARI KEBAHAGIAAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Alhamdulillah, Majlis Perbandaran Kluang telah berjaya memperolehi Anugerah Bandar Paling Bahagia Tahun 2026. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada YBhg. Datuk Haji Abdul Ghani Bin Abdul Rashid, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kluang, diiringi TPr. Haji Iskandar Bin Suparlan, Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap, MPK. Turut hadir adalah barisan Ahli Majlis MPK dalam program tersebut.