Skip to main content
MENU

MPK RAIH TIGA PENCAPAIAN GEMILANG SEMPENA HPBS JOHOR 2026

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2026 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Pada tanggal 16 November 2026 (Isnin), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah berjaya meraih tiga pencapaian membanggakan sempena Sambutan HPBS 2026 Peringkat Negeri Johor. 

Untuk Pertandingan Reimagine Johor: The Project Pitch – Cadangan Transformasi Ruang Bandar, Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor, MPK telah berjaya merangkul Johan dan Naib Johan. 

Selain dari itu, MPK turut menerima  Pengiktirafan Bandar Mampan (MURNInets) bagi tahun 2026. Majlis anjuran PLANMalaysia Johor ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. 

Hadir untuk menerima anugerah bagi pihak MPK ialah Encik Mohd Fahmy bin Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, diiringi oleh Encik Muhammad Hidayat bin Azman, Encik Mohamad Azamuddin bin Mohd Jamal, Puan Juhana binti Turiman, Puan Farizatul Aila binti Hasnan, Encik Muhammad Afiq bin Azman dan Puan Mazlin Najua binti Abd Mutalip.

Pencapaian ini membuktikan bahawa MPK bukan sahaja komited dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan, malah berupaya menyerlahkan potensi inovasi dan bakat kreatif warga kerjanya dalam medium komunikasi visual, teknologi dan pengurusan bandar yang lebih dekat dengan masyarakat.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor