Skip to main content
MENU

Mesyuarat Pengurusan Bersama Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Johor

Kluang, 7 November 2025 (Jumaat) – Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Kluang (MPK) diikuti dengan Mesyuarat Pengurusan bersama Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Johor.
Dalam perutusan beliau, pengerusi menekankan agar semua Pegawai Daerah memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di daerah masing-masing, mempercepatkan tindakan bagi menangani isu miskin tegar menjelang tahun 2026, serta memastikan kesiapsiagaan menghadapi musim Monsun Timur Laut yang bakal tiba.
Mesyuarat turut disertai pembentangan daripada Ketua-Ketua Unit Bahagian Khidmat Pengurusan bagi menyampaikan maklumat semasa kepada Pegawai Daerah, di samping sesi perkongsian dan perbincangan dua hala yang membolehkan Pegawai Daerah mengutarakan pandangan, isu serta keperluan daerah masing-masing untuk perhatian dan tindakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Program turut diserikan dengan pembentangan Majlis Perbandaran Kluang yang berkongsi pencapaian dalam Anugerah Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (AIGA) 2025, serta penyerahan peruntukan bencana dan Prosedur Tetap Operasi (PTO).
Lawatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan penyelarasan pengurusan daerah dan agensi negeri terus diperkukuh bagi mempertingkat keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Johor.
 

Media:
Mesyuarat Pengurusan Bersama Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Johor

Sumber :
Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor