Alhamdulillah, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah berjaya memperolehi Anugerah Penarafan Bandar Pintar 2025, “Smart City Early Adopter”. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, kepada Tuan Mohd Fahmy Bin Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor serta Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan lain dari Negeri Johor.
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan di peringkat kebangsaan terhadap komitmen tadbir urus, kecekapan terhadap penyelesaian isu-isu di bandar secara berterusan, selaras dengan Aspirasi Negara Pintar (Smart Nation) 2040. Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga daerah Kluang atas sokongan yang berterusan dalam membantu menjadikan MPK ke arah Kluang Sejahtera dan Bandar Berdaya Huni.
Sumber:
Jabatan Perancangan Bandar Dan Landskap
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
