Skip to main content
MENU

Kluang

Anugerah Penarafan Bandar Pintar Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 Peringkat Kebangsaan

Alhamdulillah, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah berjaya memperolehi Anugerah Penarafan Bandar Pintar 2025, “Smart City Early Adopter”. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, kepada Tuan Mohd Fahmy Bin Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor serta Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan lain dari Negeri Johor.