KLUANG RANGKUL ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD 2026–2028 PERINGKAT KEBANGSAAN
Majlis Perbandaran Kluang telah dianugerahkan Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard 2026–2028 Peringkat Kebangsaan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 15 Oktober 2026, bertempat di Dewan Sanggar Pujangga, MOTAC, Putrajaya.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kepada Encik Mohd Fahmy bin Yahya, Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang.
