Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Majlis Perbandaran Kluang meraih Johan Pertandingan Sepanduk Peringkat Jabatan Kerajaan, Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kluang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kejuruteraan dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus memberikan idea, tenaga dan sokongan sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus bersama-sama menghasilkan yang terbaik pada masa akan datang.
Maju Johor Dihayati, Ummah Diberkati
Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan!
