Satu sesi libat urus dan perbincangan telah diadakan oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK) bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flat Haji Manan dan Flat Persiaran Haji Ismail Hassan bertempat di Bilik Mesyuarat Dato' Mohamed Mahbob, Majlis Perbandaran Kluang.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Fahmy Yahya, Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kluang.
Perbincangan yang diadakan pada hari ini adalah bagi membincangkan isu-isu pembinaan struktur tanpa kebenaran MPK serta aduan kacau ganggu penduduk setempat.
Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Tuan Setiausaha, Ahli Majlis, barisan Ketua-ketua Jabatan MPK dan Pemaju Ju-Ichi Enterprise Sdn. Bhd.
Diharapkan hasil dari sesi libat urus dan perbincangan ini dapat meningkatkan imej kawasan bandar Kluang, memandangkan Flat Jalan Haji Manan dan Flat Jalan Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan merupakan laluan utama ke Stesen Keretapi Kluang yang baharu.
Sumber :
Unit Komunikasi Korporat & Kemasyarakatan