Satu perbincangan antara Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dato' Mohamed Mahbob, Majlis Perbandaran Kluang.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Fahmy Yahya, Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kluang.
Pembentangan telah dibuat oleh Ketua Jabatan Kawalan Bangunan, Ts. Mohamad Shahrudin Rosdi, bagi membincangkan isu-isu berkaitan pemantauan struktur binaan dalam radius 9km Lapangan Terbang Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Delegasi PUTD telah diketuai oleh Lt Kol Nor Azman Shahimi, Pegawai Memerintah Rejimen 881 PUTD.
Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Tuan Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan MPK, Pejabat Daerah Kluang, JKR Kluang, Pejabat Tanah Kluang, Pejabat Kadi Daerah, serta tiga (3) orang pegawai dari Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Diharap perbincangan ini memberi pencerahan dan penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan.
Disediakan Oleh :
Jabatan Kawalan Bangunan