Majlis Pelancaran Warden Lalu Lintas Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Fahmy bin Yahya, Yang Dipertua MPK, bertempat di perkarangan Majlis Perbandaran Kluang hari ini.
Pelancaran Warden Lalu Lintas ini bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi warden kepada orang awam. Melalui Jabatan Penguatkuasaan MPK, penguatkuasaan undang-undang akan diperkasa bagi memastikan pengurusan trafik dilaksanakan secara lebih berkesan. Antara peranan utama warden termasuklah melancarkan pergerakan kenderaan dan menangani isu halangan parkir tidak teratur,memantau laluan trafik, laluan pejalan kaki, dan laluan kecemasan dan mengurangkan risiko keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam.
Seramai 15 orang pegawai dan anggota telah dilantik pada peringkat awal bagi menjalankan kuasa di bawah Subseksyen 3(4B) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jumlah ini akan ditambah secara berperingkat mengikut keperluan semasa.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Setiausaha MPK, Pejabat Daerah Kluang, IPD Daerah Kluang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kluang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kluang, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kluang, Ahli-ahli Majlis, serta barisan Ketua Jabatan dan Unit MPK.
Sumber:
Jabatan Penguatkuasaan
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
