Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Kluang (MPK) bagi tahun 1447H/2026M berlangsung meriah di Kediaman Rasmi Yang Dipertua MPK pada Khamis, sekali gus menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja dan jemputan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, tahlil, doa serta marhaban yang dipimpin oleh Ustaz Azlan Mohamad Ali. Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Kluang, diiringi Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Ahli-Ahli Majlis serta rakan strategik MPK.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Pertandingan Video Raya 2026 anjuran Kelab Rekreasi dan Sosial (KRS) MPK serta pertandingan hiasan gerai. Semua jabatan dan unit yang terlibat turut diberikan penghargaan atas komitmen menjayakan program tersebut.
Sambutan Aidilfitri MPK bukan sekadar meraikan tradisi, malah menjadi wadah memperkukuh semangat kebersamaan dan kecemerlangan organisasi
Sumber: Jabatan Khidmat Pengurusan
