Program Tautan Kasih Serahan Bantuan Asnaf 1444H/2023M oleh Yayasan Perbandaran Kluang telah diadakan di Dewan Kg Melayu hari ini.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj Md Jais Hj Sarday, Pengerusi Yayasan Perbandaran Kluang dan YBhg. Puan Azurawati Wahid, Yang Dipertua MPK merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Perbandaran Kluang . Majlis ini turut dihadiri bersama oleh Ahli-Ahli Majlis, MPK.
Seramai 240 orang penerima sumbangan telah hadir dan mereka terdiri daripada Asnaf yang tinggal di sekitar kawasan Bandar Kluang. Sesuai dengan tema "Suburi Ramadhan dan Raikan Syawal" Bantuan Serahan Asnaf ini bertujuan untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan sempena Ramadhan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir.
Sumber:
Unit Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan