MENU

Majlis Pelantikan dan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis yang baharu bagi sesi 2024/2025 telah diadakan bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di hadapan YBhg. Puan Hajah Azurawati Wahid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang.

MPK telah menerima pelantikan baharu Ahli Majlis bagi sesi 2024/2025 melibatkan seramai 24 orang. Pelantikan semula Ahli Majlis melibatkan seramai 13 orang manakala pelantikan baharu adalah seramai 11 orang.

MPK merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Majlis atas pelantikan ini dan semoga Ahli Majlis yang dilantik akan sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti setempat demi kesejahteraan rakyat di daerah Kluang.

Turut hadir menyaksikan Majlis Angkat Sumpah ini ialah En. Azmi Ahmad, Setiausaha Majlis Perbandaran Kluang dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit MPK.

ahli maj;is mengangkat sumpah
ahli majlis mengangkat sumpahahli majlis mengangkat sumpah

Kemaskini Terakhir: Isnin, 29 April 2024 - 11:49am