MENU

APA ITU CUKAI TANAH?

Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.  Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

APAKAH PERBEZAAN 'CUKAI TAKSIRAN dan 'CUKAI TANAH'?

 Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru.
Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri.  Bil cukai tanah berwarna kuning.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 2 Disember 2021 - 12:19pm