MENU

10. JIKA SAYA HANYA SEORANG PENYEWA RUMAH / BANGUNAN TERSEBUT APA HARUS SAYA LAKUKAN?

Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6). Akta 171 Kerajaan Tempatan, melindungi anda!

11. MENGAPA CUKAI TAKSIRAN SAYA BERBEZA DENGAN JIRAN SAYA?

Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-

  • Jenis bangunan
  • Keluasan lantai
  • Lokasi
  • Bahan-bahan pembinaan
  • Kegunaan

12. APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN APABILA INGIN MEMBELI SEBUAH RUMAH / TANAH KOSONG?

Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.     

13. JIKA SAYA TELAH TUKAR MILIK / MENJUAL / MEWARISKAN RUMAH / HARTA, APA PERLU SAYA BUAT?

Beritahu kepada Majlis dengan mengisikan Borang 1 / Borang J dan lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal Pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160(6) Akta 171.

14. JIKA ANDA TIDAK MAMPU BAGAIMANA UNTUK MENJELASKAN CUKAI?

Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai-pengawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukan di Pejabat Majlis.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 2 Disember 2021 - 12:19pm