MENU

ASEAN Sustainable Urban Forum (ASUF), ASEAN Governor & Mayor Forum (AGMF) dan Meeting of Governors and Mayors of ASEAN Capitals (MGMAC) telah berlangsung pada 10–15 Ogos 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dengan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof pada 12 Ogos.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Encik Mohd Fahmy Bin Yahya bersama ketua jabatan dan pegawai teknikal MPK hadir serta membentang dalam sesi Integrated Urban Climate Action for Low Carbon and Resilient Cities pada 13 Ogos bersama Datuk Bandar dari beberapa negara ASEAN dan delegasi khas dari India.

Pembentangan YDP MPK menekankan:

  • Pengalaman Kluang dalam kerjasama bandar-ke-bandar.

  • Pendekatan tempatan terhadap pembangunan mampan, pengurusan sisa pepejal, dan infrastruktur hijau.

  • Kepentingan kolaborasi rentas sempadan untuk inovasi bandar.

Kehadiran ini menegaskan komitmen MPK menyokong agenda pembangunan mampan ASEAN, memperkukuh kerjasama antarabangsa, dan memacu Kluang ke arah bandar pintar, hijau, serta berdaya huni selaras aspirasi Maju Johor.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 Ogos 2025 - 8:09am