MENU

Untuk makluman, mulai tahun 2017 MPK merancang untuk penggunaan sistem sebut harga secara atas talian iaitu “i-Perolehan” . Sebagai langkah awal bagi menggunakan sistem tersebut, semua kontraktor G1 DAN G2 diwajibkan membuat pendaftaran syarikat di Majlis Perbandaran Kluang  agar  pembelian dokumen sebutharga dapat dibuat secara atas talian. Sekiranya kontraktor gagal membuat pendaftaran syarikat akan menyukarkan pihak kontraktor membuat pembelian dokumen sebutharga  secara atas talian.

SILA BAWA COP SYARIKAT , LESEN "ORIGINAL" DAN SALINAN LESEN SEPERTI BERIKUT UNTUK PROSES PENDAFTARAN :

1. Kad Pengenalan pemilik syarikat
2.Sijil suruhanjaya syarikat malaysia (SSM)  
3. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan SPKK- CIDB
4. Sijil perakuan pendaftaran (CIDB)
5. Sijil perakuan taraf bumiputera (BPKU)
6. Sijil akuan pendaftaran syarikat bumiputera (KKM)
7. Sijil akaun pendaftaran syarikat (KKM)
8. Senarai kod bidang (KKM)                        
9. Pendaftaran GST (Surat dari KASTAM)

Tempoh pendaftaran bermula 15 Januari 2017 sehingga 15 April 2017                        
Maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kluang (07-7771448)

Sila lihat lampiran untuk muat turun borang permohonan atau terus ke Jabatan Kejuruteraan

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 March 2024 - 8:59am