Ahad | 20 Ogos 2023
Ybhg. Puan Hajah Azurawati Binti Wahid, Yang Dipertua MPK telah hadir bagi merasmikan Program Sentuhan Kasih Merdeka yang telah diadakan di Tabika Perpaduan Taman Sri Kluang, Kluang.
Program yang diadakan bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kluang ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan pelajar-pelajar serta meningkatkan pemahaman dan penghayatan rakyat mengenai sejarah serta perjuangan menuju kemerdekaan.
Sumber :
Unit Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan