Program Johor Bersih peringkat Majlis Perbandaran Kluang telah dilaksanakan pada hari ini dengan tumpuan utama di 3 lokasi iaitu, Gunung Lambak, Dataran Tasik Putih dan Lake Park,Taman Sri Impian.
YBhg. Puan Azurawati Binti Wahid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang telah mengetuai aktiviti plogging di Gunung Lambak, manakala Tuan Haji Mohamad Yazid Bin Baharudin, Setiausaha MPK telah mengetuai aktiviti plogging di Dataran Tasik Putih. Turut hadir ialah ahli-ahli majlis MPK, ketua-ketua jabatan/unit MPK dan SWCORP.
Jumlah keseluruhan sampah yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak 97.5 kilogram. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dengan memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan sentiasa memastikan sampah dibuang dengan betul di dalam tong sampah yang telah disediakan.
Sumber :
Unit Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan