Bengkel ini telah berlangsung selama dua (2) hari bertempat di Bilik Mesyuarat Dato’ Mohamed Mahbob, Majlis Perbandaran Kluang yang telah dihadiri seramai 40 orang dikalangan pegawai dan kakitangan MPK.
Kesemua peserta kursus telah diberikan pendedahan berkaitan dasar, polisi dan langkah-langkah penyediaan dokumentasi berkaitan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) ISO 37001:2025 yang jelas bagi mematuhi Standard of Procedure (SOP) untuk digunakan di setiap Jabatan, Bahagian dan Unit MPK.
Selain itu, peserta kursus turut berpeluang mengenalpasti kes-kes rasuah yang berkemungkinan boleh berlaku dalam proses kerja jabatan, bahagian dan unit. Justeru itu, tindakan penambahbaikan pelaksanaan dasar dan SOP yang bersesuaian telah diberi keutamaan untuk mengekalkan tahap integriti MPK.
Secara keseluruhannya, semua dokumen ABMS telah berjaya disediakan melalui siri- siri bengkel yang diadakan termasuk Kursus Asas Sistem Pengurusan Anti- Rasuah (ABMS) kepada pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan dan urus setia Unit Integriti. Dokumen berkenaan merangkumi enam (6) dasar-dasar utama, tiga (3) prosedur, tujuh (7) rekod dan borang serta tiga (3) dokumen sokongan tambahan yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2025