MENU

12 Julai 2023 | Rabu

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Kluang. Ketibaan beliau disambut oleh Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang merangkap Yang Dipertua MPK serta barisan pengurusan tertinggi MPK.

Lawatan kerja yang diadakan bertujuan bagi membincangkan isu-isu semasa di bawah pentadbiran MPK dan isu kelewatan pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance) di Taman Puterimas, Kluang.

Hadir sama ialah Tuan Haji Mohamad Yazid Bin Baharudin, Setiausaha MPK, Dr. Mohd Shahrizan Bin Sahid, Timbalan Pengurus Besar II, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Encik Md Norhalim Bin Md Amin Ketua Whip MPK serta Ahli- Ahli Majlis, MPK.

Info lanjut : Facebook MPK

Kemaskini Terakhir: Isnin, 29 April 2024 - 11:49am