Perusahaan dan perdagangan memainkan peranan yang cukup penting dalam mencorakkan ekonomi Kluang. Selaku penyumbang kedua terbesar pertumbuhan ekonomi Kluang, sektor ini telah banyak memberi sumbangan positif kepada masyarakat Kluang. Kemajuan dalam sektor ini akan merealisasikan impian johor untuk menjadi sebuah negeri teknopolis pada kerajaan persekutuan kerajaan negeri dan MajIis Perbandaran Kluang telah menyediakan suasana yang eukup kondusif kepada kemajuan sektor ini. Selain itu peranan sektor swasta juga tidak dapat dinafikan, kewujudan institusi - institusi kewangan seperti Maybank, RHB Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, Arab Malaysian Bank dan lain-lain telah menyemarakkan lagi perkembangan sektor perdagangan dan perusahaan ini. Kemudahan pinjaman disediakan oleh instiusi-institusi kewangan ini khususnya dari aspek suntikan modal kepada industri berat dan industri kecil dan sederhana (IKS). Senario ini dapat dilihat dengan kewujudan lebih 500 kilang yang memenuhi 9 kawasan perindustrian utama di Kluang diantamnya Taman Perindustrian Mengkibol, Taman Perindustrian Matahari, Taman PerindustrianSri Kluang, Taman Perindustrian Low Kin Teek dan lain-lain.
Terdapat banyak faktor yang menggalakkan perkembangan sektor perusahaan dan perdagangan ini antaranya ialah penawaran tenaga kerja yang mudah serta mempunyai kemudahan tempat tinggal, politik yang stabil dan yang paling penting ialah komitmen Pihak Berkuasa dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan sistem perhubungan yang baik. Antara kilang gergasi di Kluang ini ialah Malaysian Mosaic Bhd. dan Guocera Industry Malaysia Berhad yang merupakan dua buah kilang yang terbesar dalam menghasilkan produk jubin bermutu tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport.
Revertex Malaysia Sdn. Bhd adalah sebuah kilang pengeluar latex terbesar di dunia dan telah beroperasi sejak sebelum Perang Dunia Kedua. Kini syarikat tersebut terus melangkah ke hadapan apabila sebuah pusat penyelidikan teknikal bagi ran tau Asia dibuka dan memulakan operasi yang seterusnya membawa Kluang terkenal sebagai pusat pembangunan dan penyelidikan produk berasaskan getah dan polymers di rantau Asia.
|
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang terdapat di kilang Revertex Malaysia merupakan yang terbesar di Malaysia |
Kewujudan beberapa kompleks membeli-belah dan pasaraya di Kluang turut memeriahkan lagi sektor perdagangan. Masyarakat di Kluang disajikan dengan pelbagai komoditi pengguna yang mencakupi pelbagai barangan yang diperlukan. Terdapat banyak premis yang didirikan untuk memudahkan masyarakat Kluang membuat pilihan. Nama-nama seperti Plaza Bintang Jaya di Taman Lambak, Plaza BCB di Kompleks Perhentian Bas menyediakan puluhan premis-premis pemiagaan. Manakala The Store di Plaza BCB, pasaraya TOPS di Taman Intan dan UPWELL di Plaza Bintang Jaya dan Senyum ~ Hypermarket di Taman Sri Kluang adalah an tara pasaraya harga patut , yang beroperasi di Kluang.
Peranan peniaga-peniaga kecil tidak boleh dinafikan. Kluang menyediakan banyak peluang dan tempat untuk golongan ini berniaga. Setiap hari Isnin di Kampung Melayu penduduk Kluang boleh mendapatkan barangan dapur dan hasil pertanian di pasar tani. Bagi mereka yang tidak berkesempatan dan sibuk di siang hari, mereka boleh berkunjung ke pasar malam yang hampir setiap malam diadakan seeara bergilir di setiap kawasan yang berlainan. Antara kawasan tersebut ialah Kampung Melayu, Kampung Paya, Kampung Baru dan di kawasan-kawasan yang lain yang telah ditetapkan.
|
|
Pasar Tani |
Membeli buah-buahan di sebuah pasar malam |