Satu Majlis Amanat Yang Dipertua Bersama Anggota Jabatan Penguatkuasaan telah diadakan bertempat di Dewan Mesyuarat Dato’ Jaafar Muhammad, Majlis Perbandaran Kluang.
Yang Berbahagia, Encik Mohd Fahmy Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, dalam amanatnya, meminta agar Jabatan Penguatkuasaan MPK sentiasa memperkasa integriti, bertanggungjawab, meningkatkan mutu perkhidmatan, dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi cabaran baharu.
Diharapkan, amanat yang disampaikan ini akan memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh anggota penguatkuasa dapat meningkatkan tahap kepercayaan awam terhadap pentadbiran MPK.
Turut hadir sama dalam majlis amanat ini ialah Encik Azmi Ahmad, Setiausaha Majlis Perbandaran Kluang dan Encik Zulfikarfirdaus Safee, Ketua Jabatan Penguatkuasaan MPK.
Disediakan Oleh :
Jabatan Penguatkuasaan