Sukacita dimaklumkan bahawa Pasar Malam Paloh akan beroperasi seperti biasa pada hari ini di lokasi baharu berikut:
Lokasi : Dataran Paloh, Jalan 8, Taman Kota Paloh
Hari : Ahad, 13 Julai 2025
Masa : 5.00 petang hingga 10.30 malam
Untuk makluman, pasar malam ini telah dipindahkan dari lokasi asal di Jalan Temenggong ke Dataran Paloh bagi memastikan suasana yang lebih selesa, selamat dan tersusun untuk semua pengunjung dan peniaga.
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan suasana dan menikmati pelbagai pilihan makanan, minuman, barangan harian dan pelbagai keperluan lain sambil menyokong peniaga tempatan.
Kerjasama pengunjung dalam menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan amat dihargai.
Disediakan Oleh :
Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan