Pada hari Selasa, 8 Julai 2025 telah berlangsung perhimpunan pagi bagi bulan Julai 2025 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang melibatkan seramai 319 orang kakitangan Majlis Perbandaran Kluang. Dalam perhimpunan kali ini, Pn Hjh Siti Maisarah Binti Sewandi, Pegawai Tadbir JKP telah berkongsi berkenaan kesedaran dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) 37001 : 2025 bagi Majlis Perbandaran Kluang pada tahun ini.
MPK komited bagi pelaksanaan ABMS 37001:2025 ini bagi mengurangkan risiko rasuah, penyalahgunaan kuasa dan memperkukuh integriti MPK.
Perhimpunan bulanan ini diteruskan dengan taklimat daripada Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Johor (MCMC) yang bertajuk “Isu Keselamatan Siber dan Trend Terkini”. Ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran ancaman penyebaran maklumat rasmi organisasi. Dengan berkuatkuasanya Akta Keselamatan Siber 2024, semua warga kerja Majlis Perbandaran Kluang adalah dipertanggungjawabkan agar sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan pengurusan dokumen-dokumen rasmi jabatan dan menjalankan tugas dengan amanah.
Setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada semua warga kerja MPK dari semua jabatan atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga semua perkongsian ilmu pada perhimpunan bulanan ini dapat memberikan manfaat pada semua.
Disediakan oleh :
Jabatan Khidmat Pengurusan