MENU

Fungsi

  • Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan pelan struktur/pelan tempatan.

  • Menyelaras/membantu membangunkan pekan atau penempatan baru.

  • Mengawal pembinaan bangunan, pengiklanan dan papan tanda.

  • Mengurus pelupusan sampah, sisa pepejal dan aktiviti kebersihan bandar.

  • Memantau perkhidmatan kesihatan, kawalan mutu makanan, kebersihan premis makanan dan kawalan penyakit-berjangkit.

  • Mengawal aktiviti perniagaan melalui Penguatkuasaan Undang-undang dan peraturan perlesenan.

  • Membangun dan menyelenggara sistem saliran dan pembentungan. 

  • Pengindahan Bandar. 

  • Menyedia dan menyelenggara kemudahan-kemudahan asas kampung baru dan kampung tradisi.

  • Membina dan menyelenggara jalan.

  • Membina dan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam seperti pasar awam, gerai, dewan,kemudahan asas sukan, terminal pengangkutan awam,perhentian bas, tandas awam, perpustakaan, taman permainan kanak-kanak, taman-taman awam dan tempat letak kereta awam.

Dasar Kualiti

Majlis Perbandaran Kluang sebagai sebuah organisasi yang komited untuk mencapai matlamat dan misi organisasi, mematuhi keperluan akta dan perundangan, menyampaikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat selaras dengan slogan "Maju Sejahtera" dan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 26 Oktober 2020 - 5:13pm