MENU

Projek Johor Free Wifi merupakan satu projek khas hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada tahun 2013. Di dalam kajian tersebut , sebanyak 20.36% responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkatkan. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju melaksanakan Projek Johor Free Wifi sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan kemudahan capaian rakyat kepada perkhidmatan online yang disediakan.

Majlis Pelancaran Projek Johor Free Wifi Daerah Kluang telah berlangsung pada 30 Ogos 2015 Sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan kali ke-58 bertempat di Dataran Dewan Tasik Tunku Ibrahim Ismail.

Manakala , perkhidmatan Johor Free Wifi ini mula beroperasi pada 1 Januari 2016 di lima lokasi di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang (MPK) sebagaimana lokasi berikut :

  1. Dewan Tasik Tunku Ibrahim Ismail
  2. Taman Merdeka
  3. Teminal Bas dan Teksi Kluang
  4. Persiaran Ismail Hassan (Kluang Walk)
  5. Gunung Lambak

Klik untuk muat turun Manual Pengguna

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 March 2024 - 8:12am