MENU

Penubuhan Unit Integriti adalah selaras dengan keputusan Kerajaan untuk mewujudkan Unit Integriti disemua agensi awam dikuatkuasakan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 mulai 1 Ogos 2013 dan teruskan dengan pelaksanaan Ceraian SP.1.2.1 sehingga kini. Unit Integriti Majlis Perbandaran Kluang ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 Januari 2018 berdasarkan Keputusan Mesyuarat Penuh Bil.12/2017 Pada 28 Disember 2017.

Unit Integriti Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mempunyai beberapa tugas utama, termasuk memantau dan memastikan tadbir urus yang baik, mencegah salah laku, dan menggalakkan budaya kerja berintegriti di kalangan warga kerja MPK. Selain itu, mereka juga menyediakan saluran aduan bagi orang awam untuk melaporkan sebarang isu berkaitan integriti.

Hubungi kami

  • Tel: 07-7081111/
  • Emel: integritiMPK@gmail.com
  • Unit Integriti, Aras 7, Majlis Perbandaran Kluang, Persiaran Utama, Bandar Primer, 86000 Kluang, Johor Darul Takzim
     

FUNGSI

  1. Pengurusan Aduan dan Pengesanan & Pengesahan
  • Menguruskan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat/ aduan.
  • Membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
  1. Pengukuhan Integriti
  • Pelaksanaan program pengukuhan integriti bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi.
  1. Tadbir Urus & Pematuhan
  • Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi.
  • Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika.
  1.  Tatatertib
  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan Perintah-perintah Am Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1988 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib