Majlis Perbandaran Kluang dengan kerjasama Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHBIS) UTM telah menganjurkan bengkel berkaitan transformasi Bio-kompos dengan menggunakan Black Soldier Fly (BSFL). Agenda utama program ini adalah bagi melaksanakan inisiatif mengurangkan janaan sisa makanan di peringkat isi rumah dan perusahaan berkaitan makanan dalam menuju ke arah kelestarian alam sekitar.
Program ini telah disertai oleh 40 orang kakitangan MPK dan 10 orang wakil Kebun Komuniti di dalam kawasan MPK. YBhg. Puan Hajah Azurawati Wahid, Yang Dipertua MPK telah hadir dan merasmikan program tersebut.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan bengkel yang diadakan ini adalah antara elemen dan inisiatif yang mendokong Matlamat Pembangunan Mampan, (SDG 2030) dengan mengintergrasikan pembangunan ekonomi, perkembangan sosial dan alam sekitar.
Beliau berharap agar kerjasama MPK dan AHBIS UTM ini tidak terhenti di sini, namun dapat diteruskan sehingga menjadi keberhasilannya untuk manfaat komuniti Kluang dan kelestarian alam sekitar.
Sumber :
Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pelesenan