21 Dec 2020
Majlis Apresiasi Juara Anti Rasuah sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 yang bertemakan ‘PBT Perangi Pemberi Rasuah’ telah diadakan pada 9 Disember 2020. Turut hadir ialah Tuan Haji Rozamusliadi Bin Roslan, Timbalan Pengarah JAINJ, Tuan Haji Mohamad Yazid Bin Baharudin, Setiausaha MPK, Tuan Mohd Kamal Bin Abd Khamis, Ketua Cawangan SPRM Daerah Kluang dan Tuan Mohd Ikmal Bin Baharin, wakil SPRM Negeri Johor.
Sumber : Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan