Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Encik Mohd Fahmy bin Yahya telah mengadakan lawatan tapak bersepadu bagi memantau status terkini Projek Taman Kirana, Ayer Hitam serta memastikan pembinaan dilaksanakan selaras dengan kelulusan pelan pemajuan.
Lawatan yang diselaraskan oleh Unit Pusat Setempat (OSC) ini turut dihadiri ketua-ketua jabatan teknikal dalaman, pihak perunding, pemaju serta wakil pembeli rumah. Pihak MPK telah menerima taklimat berhubung kemajuan projek dan sasaran penyerahan kunci oleh pemaju.
Kelewatan sebelum ini adalah berpunca daripada beberapa isu ketidakpatuhan aspek teknikal yang menyebabkan sokongan agensi teknikal bagi tujuan pengeluaran CCC tidak dapat dikeluarkan dengan segera. Walau bagaimanapun, semasa lawatan ini, pemaju telah memperoleh sokongan daripada agensi teknikal berkaitan dan kini dalam proses melengkapkan dokumentasi yang diperlukan.
Pemaju turut menyatakan komitmen untuk berusaha sebaik mungkin bagi penyerahan kunci kepada pembeli bermula daripada 16 Mac 2026 sehingga selesai.
Sumber: Unit Pusat Setempat (OSC
