MENU

Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa ibu pejabat Majlis Perbandaran Kluang akan berpindah dan beroperasi sepenuhnya di pejabat baharu bermula 1 Julai 2025 (Selasa). 

Alamat pejabat baharu adalah seperti berikut:

MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
PERSIARAN UTAMA BANDAR PRIMER
86000 KLUANG
JOHOR

Sehubungan dengan itu semua perkhidmatan, urusan dan operasi kaunter di:

  1. Wisma Majlis Perbandaran Kluang Jalan Kota Tinggi 86000 Kluang Johor.
  2. Pejabat MPK Jalan Pejabat Kerajaan 86000 Kluang, Johor  
     

Akan ditutup sepenuhnya mulai 1 Julai 2025 (Selasa) dan semua perkhidmatan dan urusan hanya boleh dilakukan di pejabat baharu MPK.

Sebarang urusan dan pertanyaan sila hubungi 07-7081111

Bagi tujuan tersebut juga pihak MPK telah menyediakan cenderahati kepada 100 pelanggan pertama yang hadir berurusan dikaunter pada 1 Julai 2025 (Selasa) di Pejabat Baharu MPK

Sekian untuk makluman

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 30 Jun 2025 - 8:54pm