1 Ogos 2023 | Selasa
Mesyuarat Jawatankuasa Belanjawan Tahun 2024 Majlis Perbandaran Kluang telah diadakan pada hari ini bertempat di Aras 4, Bilik Mesyuarat, Pejabat Wisma Majlis Perbandaran Kluang.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh ucapan Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Johor.
Mesyuarat tersebut adalah bagi membentangkan cadangan Belanjawan MPK 2024 dan pembentangan prestasi hasil dan perbelanjaan MPK sehingga Jun 2023.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Puan Hajah Azurawati Binti Wahid, Yang Dipertua MPK, Encik Fizwan Bin Dato' Haji Mohd Rashidi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat SUKKT, Tuan Haji Mohamad Yazid Bin Baharudin, Setiausaha MPK, Cik Azyan Hamizah Binti Burhan, Akauntan SUKKT, Wakil Pejabat Kewangan Negeri Johor ,Wakil Pejabat SUKKT, Wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUKJ dan Ketua-Ketua Jabatan MPK.
Sumber :
Jabatan Kewangan