MENU

Majlis Perbandaran Kluang sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar Kluang 2030 yang akan menjadi rujukan dan panduan kepada Majlis Perbandaran Kluang, agensi-agensi Daerah Kluang dan Negeri Johor serta pihak-pihak berkepentingan (Stakeholders) di dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar yang bersistematik dan memfokuskan kepada kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, borang soal selidik ini diedarkan untuk diisi oleh penduduk di Kluang khususnya di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang sebagai usaha untuk mendapatkan input dan pandangan awal penduduk terhadap Agenda Bandar Pintar Majlis Perbandaran Kluang bagi penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Kluang 2030.

borang soal selidik boleh diakses di pautan link : https://forms.gle/3WLt8SEAjkxszMxC8

pelan tindakan bandar pintar

Kemaskini Terakhir: Selasa, 23 April 2024 - 11:29am