MENU

Bandar Kluang telah diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Turut tersenarai ialah Bandaraya Petaling Jaya, Manjung, Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

YBhg. Puan Azurawati Binti Wahid Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang telah hadir bagi menerima penganugerahan ini. Tahniah dan Syabas!!

Sumber :

Unit Komunikasi Koprat dan Kemasyarakatan

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 30 April 2024 - 12:17pm