MENU

Maksud Cukai Harta

Cukai Harta adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kluang mengikut kuasa yang diberikan  di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Bagaimana Cukai Harta

Cukai Harta anda dikira berdasarkan kepada Nilai Tambah dan Kadar.

Nilai Tambah adalah berasaskan Harga Pasaran harta anda (Nilai Tanah termasuk Bangunan jika ada) pada satu aras nilai tertentu yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Nilai Tambah yang digunakan pada masa ini adalah mengikut nilai pasaran pada tahun 2013.

Kadar pula ialah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta anda sebagai cukai harta yang perlu dibayar.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 March 2024 - 8:12am