MENU

Majlis Muafakat warga Majlis Perbandaran Kluang bersama Y.B Datuk Hj Md Jais Bin Hj Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Majlis ini merupakan Program lawatan kerja YB Exco Kerajaan Tempatan ke Majlis Perbandaran Kluang dan merupakan PBT yang terakhir didalam Negeri Johor, selepas lawatan ke semua PBT didalam Negeri Johor.

Sepanjang lawatan ini, YB Datuk telah diberikan taklimat oleh Tuan Yang Di Pertua MPK, Tuan Haji Nasri Bin Md Ali berkaitan Perjalanan Organisasi di Majlis Perbandaran Kluang dan juga pembangunan-pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di kawasan Perbandaran Kluang.

Selain itu juga YB Datuk Hj Md Jais bin Hj Sarday juga mengambil kesempatan berjumpa dengan warga kerja Majlis Perbandaran Kluang, Ahli-ahli Majlis serta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Kluang.

Hadir sama didalam lawatan ini ialah YB Encik Teoh Yap Kun ADUN Paloh dan Tuan Hj Muzaldin bin Hj Mohammed, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Maklumat Lanjut

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 March 2024 - 8:59am