image
CARIAN
image
MENU
image
Tip-tip membeli belah Pada Musim Perayaan

 

a) Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa.

b) Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.

c) Buat belanjawan.

d) Beli mengikut kemampuan masing-masing.

e) Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.

f) Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.

g) Jangan membeli lebih daripada yang dirancang.

h) Berhati-hati menggunakan kad kredit.

i) Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli

j) Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah.

k) Sekiranya membeli barang-barang secara pukal, gunakan perkiraan unit harga untuk melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit kecil

l) Semak supaya anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.

m) Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan pada barang.

n) Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.

o) Periksa tarik luput untuk barangan makanan.

p) Beli pakaian yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa kualiti kain. Untuk kanak-kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan cepat.

q) Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja.

r) Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa menggunakan perbelanjaan yang besar.

s) Jangan masak berlebihan. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera kalau ada lebih tamu yang datang.

t) Makanan yang tidak habis dimakan harus dimasukkan ke dalam peti sejuk secepat mungkin sebaik ia dingin supaya boleh dimakan lagi.

Rumusan petikan dari: Kempen Kosumer Kebangsaan .

http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-wang/perancangan-bajet/88-tips-membeli-belah-pada-musim-perayaan.html

 

 

1 Malaysia
Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Koridor Raya Multimedia (MSC)
My Ideas
Unit Perancang Ekonomi
JobsMalaysia
SIRIM Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Unit Pusat Universit
Portal OSC
HRMIS
eKL
eKasih

 



Awam AWAM  Pelancong PELANCONG  Warga MPM WARGA MPK   |   Skema Warna :   |   Saiz Teks : Besarkan Tulisan Set Semula Tulisan Kecilkan Tulisan image   |   Teks Suara : image   |   Latar Belakang : Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang Asal