Jabatan Perkhidmatan Pengurusan mempunyai enam bahagian iaitu :-
Bahagian Pentadbiran Am
Fungsi
Organisasi pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang diketuai oleh seorang Yang Dipertua Majlis dengan dibantu oleh seorang Setiausaha Majlis berserta 24 orang Ahli Majlis. Terdapat 6 jabatan dalam organisasi Majlis Perbandaran Kluang yang berfungsi sebagai nadi penggerak utama Majlis ini bagi memudahkan pelaksanaan tugas sebagaimana berikut :-
Bahagian Sumber Manusia
Fungsi
Bahagian Perpustakaan
Objektif
Membentuk masyarakat yang berilmu,dinamis,kreatif,inovatif dan membantu pembinaan sahsiah masyarakat supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan Negara,Bangsa dan Agama.
Fungsi
Perpustakaan Awam Kluang ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kemudahan bahan bacaan untuk dipinjam dan membuat rujukan kepada penduduk- penduduk dalam kawasan pentadbiran MPK. Disamping itu, Perpustakaan ini juga mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu:
Bahagian Letak Kereta
Objektif
Objektif perlaksanaan penyeragaman sistem bayaran letak kereta di keseluruhan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan termasuk di Majlis Perbandaran Kluang ialah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan penguatkuasaan perkhidmatan tempat letak kereta dan dapat mengurangkan bebanan kos dalam pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Di samping itu, perlaksanaan penyeragaman ini juga dapat memberikan kemudahan kepada pengguna tempat letak kereta.
Fungsi dan Tanggungjawab
Memantau pengurusan dan operasi pihak Syarikat Pengendali bagi memastikan perkara berikut di patuhi:
Memastikan kupon letak kereta dapat dibekalkan kepada pengguna untuk bayaran letak kereta sisitem berkupon
Memastikan penyeliaan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak Syarikat mengikut kehendak Undang-Undang yang ditetapkan
Memastikan tanda garisan petak letak kereta dan papan tanda diselenggara dengan baik dan memuaskan
Menerima aduan awam berkaitan perlaksanaan penguatkuasaan system berkupon
Menerima kutipan bayaran kompaun letak kereta berkupon daripada pengguna
Mendapatkan maklumat pemilik kereta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan , memproses tindakan Notis Peringatan dan Pendakwaan Mahkamah
Membuat tuntutan bayaran sewa petak letak kereta dan gaji kepada pihak Syarikat Pengendali
Bahagian Komputer Dan Teknologi Maklumat
Fungsi
Fungsi bahagian ini ialah membuat analisa, kajian kesauran dan kajian kemungkinan untuk menyelesaikan masalah proses dan pengurusan maklumat ke arah pengkomputeraan, membantu jabatan lain dalam masalah berkaitan sistem komputer dan teknologi maklumat dan menyediakan laporan untuk kegunaan rujukan maklumat dan membuat keputusan.
Objektif
Memberikan perkhidmatan teknologi maklumat yang cekap dan berkesan kepada Majlis Perbandaran Kluang mengikut perkembangan teknologi semasa.
Mengurus dan menyelenggara infrastruktur ICT, Network Control Centre (NCC), Pangkalan data Majlis, perkakasan, perisian dan applikasi sistem;
Menyelaras teknologi dan kemahiran teknologi maklumat.
Memberi kepuasan dan kemudahan kepada orang ramai dalam urusan transaksi berhubung Majlis (secara tidak langsung).
Bahagian Penerangan Dan Perhubungan Awam
Fungsi Bahagian
Menguruskan publisiti jabatan;
Memberi penerangan kepada pihak media dan agensi-agensi berkaitan peranan jabatan;
Mengurus pengaduan awam melalui media massa dan sebagainya serta memberi penjelasan mengenai tindakan yang sedang, atau telah diambil oleh jabatan;
Menerbitkan informasi berkaitan aktiviti dan program jabatan melalui majalah, brosur dan lain-lain;
Memantau isu-isu semasa melalui media massa terutama yang berkaitan dengan kumpulan sasar;
Membantu pihak pengurusan dan lain-lain bahagian dalam melaksanakan program-program rasmi jabatan ( tatacara majlis);
Mendapatkan kerjasama pihak media bagi mengadakan liputan untuk program-program rasmi jabatan yang melibatkan Ketua Pengarah atau kumpulan sasar;
Membantu liputan untuk program-program rasmi jabatan;
Menyediakan bahan-bahan untuk penerbitan ke peringkat kementerian.
Visi Dan Misi
Membantu jabatan mencapai hasrat untuk “Menjadi sebuah organisasi terunggul dalam kelasnya, pembangunan sosioekonomi dan kebajikan masyarakat ” melalui kaedah komunikasi dan perhubungan awam;
Berusaha mengangkat imej masyarakat Kluang agar setanding dengan masyarakat lain di Malaysia.
Objektif
Meningkatkan imej dan mempromosi jabatan berdasarkan kaedah perhubungan awam dan komunikasi yang berkesan melalui media cetak dan media elektronik, program-program sosial, ceramah/ talimat, lawatan ke kampung-kampung, penerbitan jabatan, kesenian dan kebudayaan;
Mengangkat imej masyarakat Kluang untuk melahirkan sebagai sebuah masyarakat yang disegani dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Piagam Pelanggan
Kami komited memberi perkhidmatan berkualiti dengan:
Memastikan setiap aduan melaluisurat atau media massa dapat dijawab dengan kadar segera;
Memastikan permohonan lawatan dan mengadakan program/aktiviti di kawasan /penempatan kumpulan sasar mendapat kerjasama dari pihak jabatan;
Mempromosikan setiap program /aktiviti besar jabatan dengan kumpulan sasar mendapat liputan dan media massa utama;
Membantu agensi-agensi kerajaan atau individu mendapatkan informasi tepat berkaitan dengan jabatan atau kumpulan sasar.
Aktiviti Bahagian
Membuat liputan program-program rasmi jabatan;
Memantau isu-isu berkaitan kumpulan sasar yang dipaparkan dalam media elektronik dan cetak;
Urusan surat-menyurat dengan ageni-agensi kerajaan atau swasta yang melibatkan kumpulan sasar;
Menerbitkan informasi program-program jabatan melalui majalah, brosur dan sebagainya;
Menerbitkan kalendar tahunan jabatan.