image
CARIAN
image
MENU
image
Jabatan Pembangunan

Pengenalan

Jabatan Pembangunan adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab di dalam memastikan pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis dapat dirancang dan dilaksanakan dengan efisien serta selaras dengan visi majlis ingin mengujudkan sebuah bandar maju yang responsif terhadap nilai-nilai persekitaran. Perancangan dan pengawalan pembangunan fizikal serta penyediaan kemudahan awam, infrastruktur dan landskap akan dapat menjadikan bandar Kluang sebuah bandar dalam taman yang indah dan selesa untuk didiami.


 

Jabatan Pembangunan Majlis Perbandaran Kluang diketuai oleh seorang Jurutera dan mempunyai beberapa bahagian di bawahnya iaitu :-

Objektif

Merancang, mengawal, melaksana dan menyelenggara serta mengindahkan kawasan pentadbiran Majlis bagi meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan warga perbandaran selaras dengan dasar dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.

 

Fungsi Jabatan Pembangunan

  • Merancang pembangunan bandar Kluang agar ianya selaras dengan dasar Majlis serta dapat mengujudkan sebuah perbandaran yang kondusif.
  • Mengawal pembangunan bandar Kluang untuk memastikan pembinaan dan pemeliharaan bangunan-bangunan menepati piawaian dan menampilkan senibina yang menarik.
  • Melaksana dan menyelenggarakan projek-projek pembangunan kemudahan awam dan infrastruktur bagi memastikan keselesaan dan keharmonian warga perbandaran Kluang.
  • Memperindahkan landskap di kawasan bandar Kluang seiring dengan kepesatan pembangunan fizikal bandar bagi mewujudkan sebuah bandar maju yang responsif terhadap nilai-nilai persekitaran.

Halaman: 1  2  3  4  5  

1 Malaysia
Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Koridor Raya Multimedia (MSC)
My Ideas
Unit Perancang Ekonomi
JobsMalaysia
SIRIM Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Unit Pusat Universit
Portal OSC
HRMIS
eKL
eKasih

 



Awam AWAM  Pelancong PELANCONG  Warga MPM WARGA MPK   |   Skema Warna :   |   Saiz Teks : Besarkan Tulisan Set Semula Tulisan Kecilkan Tulisan image   |   Teks Suara : image   |   Latar Belakang : Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang Asal