image
CARIAN
image
MENU
image
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

Bahagian Penilaian dan Taksiran

Piagam Pelanggan

  • Memberi peluang kepada pelanggan membuat bantahan dan rayuan kepada penilaian yang dicadangkan.

  • Memberi perkhidmatan kaunter yang cekap, berkualiti termasuk menambah bilangan pekerja dan waktu perkhidmatan apabila diperlukan

  • Bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan dan dihantar tidak lewat dari 25hb Januari bagi separuh tahun pertama dan 25hb Julai bagi separuh tahun kedua.

Fungsi

  • Menjalankan kerja-kerja penilaian bagi maksud kadaran yang berdasarkan kepada Nilai Tambah ke atas setiap pegangan pesendirian di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kluang

  • Menyediakan senarai nilaian di bawah seksyen 137 Akta 171 yang perlu dibuat lima tahun atau bagi tempoh yang dilanjutkan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri

  • Membuat pindaan kepada senarai nilaian harta tersebut di bawah Seksyen 144 Akta 171 atas sebab- sebab tertentu

  • Menjalankan kerja-kerja Penilaian Am Semula

  • Mengeluarkan notis-notis mengenai taksiran harta tertib daripada nilaian harta baru dan pindaan nilaian - Seksyen 144 (2) Akta 171

  • Menjalankan kerja-kerja penilaian bagi maksud caruman membantu kadar ke atas bangunan untuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-Badan Berkanun mengikut Peruntukan perkara 156 Perlembagaan Persekutuan

  • Memproses permohonan remisi untuk bangunan yang tidak diduduki mengikut peruntukan Seksyen 162 Akta 171

  • Memproses pindahmilik harta sebagaimana peruntukan Seksyen 160 Akta 171

  • Mengeluarkan bil -bil cukai taksiran 2 kali setahun pada 1 hb Januari / Julai setiap tahun

  • Mengeluarkan notis denda (Borang E ) kepada pemilik harta yang tidak menjelaskan cukai selepas tamat tempoh bayaran cukai taksiran iaitu pada 15 April / Oktober setiap tahun

  • Mengeluar dan melaksanakan tindakan waran ( Borang F ) 15 hari selepas notis denda dikeluarkan

  • Kemaskini maklumat/ data terkini pada sistem komputer

  • Menguruskan harta-harta Majlis dari segi penyewaan, penyelenggaraan , keselamatan dan kebersihan bangunan

Apakah Itu Cukai Harta?

Cukai Harta (Cukai Pintu atau Cukai Taksiran) adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti:- 

  • Rumah kediaman
  • Harta perusahaan dan perdagangan (kilang, kedai, hotel, kompleks, dan sebagainya)
  • Tanah Kosong
  • Tanah pertanian 

Unit-unit rumah pangsa, kondominium, bangunan pejabat dan lain-lain bangunan bertingkat juga merupakan pegangan berkadar yang dikenakan cukai harta.

Bagaimana Ianya Dikira?

Cukai harta dikira berdasarkan kepada Nilai Tambah dan Kadar.

a.    Nilai Tambah adalah nilaian harta yang berasaskan kepada harga pasaran harta pada satu aras nilai yang tertentu. 

b.    Kadar pula ialah peratus yang dikenakan ke atas nilaian harta tersebut sebagai levi atau cukai harta yang perlu dibayar.

c.    Nilai Tambah harta boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidak seragaman mengikut Seksyen 144 (1)              akta Kerajaan Tempatan 1976,dan memberi  peluang kepada pemilik harta membuat bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut.

d.    Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis  sebelum tamat tempoh yang ditetapkan.

Bila Perlu Dibayar?

Cukai Harta perlu dibayar dua kali setahun iaitu:

  • Penggal Pertama  - 1 Januari hingga 28 Februari
  • Penggal Kedua     - 1 Julai hingga 31 Ogos

Walau bagaimanapun, MPK bersetuju melanjutkan tempoh bayaran selama sebulan untuk keselesaan pembayar-pembayar cukai.

 HARIMASA 

 ISNIN-KHAMIS

 

 8.00 pg - 12.00 tgh

 2.00 ptg - 4.00 ptg 

 JUMAAT

 

 8.00 pg - 12.00 tgh

 2.45 ptg - 4.00 ptg 

 SABTU 8.00 pg - 12.00 tgh

Maklumat lanjut hubungi kami di:

Jabatan  Penilaian

Jalan Pejabat Kerajaan

86000 Kluang

Tel    : 07-7771401 / 1402 / 1403 / 1441

Fax   :  07-7713209

Email: http://www.johordt.gov.my/mpk 

Bagaimana Jika Cukai Tidak Dijelaskan Dalam Tempoh Tersebut?

Sekiranya anda tidak menjelaskan cukai harta dan tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh dikenakan tindakan-tindakan berikut:

  •  Notis Denda - Borang E      
-Mengikut Seksyen 147 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, notis berdenda dalam Borang E akan dikeluarkan supaya anda  menjelaskan tunggakkan dalam tempoh 15 hari. Denda yang dikenakan adalah sebayak 2% daripada jumlah tunggakkan. 
  • Waran - Borang F
-Sekiranya dalan tempoh 15 hari anda masih gagal menjelaskan tunggakkan, waran tahanan dalam Borang F akan dikeluarkan sebayak 4% daripada jumlah tunggakkan. 
  •  Inventori - Borang G
- Pengeluaran waran membolehkan MPK membuat inventori / senarai dalam Borang G mengenai segala harta alih yang ditahan dalam harta/premis yang senilai dengan jumlah tunggakkan. Sekiranya dalam tempoh 3 hari tunggakan tidak dijelaskan, harta tersebut akan disita dan dijual melalui lelongan awam.  
  •  Menahan dan Menjual Harta - Borang H
- Sekiranya jumlah tunggakan melebihi nilai harta alih, Borang H akan ditampal di suatu tempat yang mudah dilihat pada harta dan tindakan sivil di mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah jualan akan dijalankan. 
  •  Tindakan Melalui Peguam

 - Tindakan Mahkamah untuk melelong harta tak alih berdasrkan peruntukkan Seksyen 15 Akta 171 akan dijalankan oleh Peguam Panel Majlis.

- Segala kos guaman dan kos tindakan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik, dan akan dituntut sebagai sebahagian daripada tunggakan (Seksyen 152). 

1 Malaysia
Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Koridor Raya Multimedia (MSC)
My Ideas
Unit Perancang Ekonomi
JobsMalaysia
SIRIM Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Unit Pusat Universit
Portal OSC
HRMIS
eKL
eKasih

 



Awam AWAM  Pelancong PELANCONG  Warga MPM WARGA MPK   |   Skema Warna :   |   Saiz Teks : Besarkan Tulisan Set Semula Tulisan Kecilkan Tulisan image   |   Teks Suara : image   |   Latar Belakang : Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang Asal